KADAR YURAN KEAHLIAN TAHUNAN BARU
                           Merujuk kepada pengurusan PSSGM Pusat, bermula pada tahun 2005, semua yuran keahlian telah dinaikkan dengan
                           kadar RM5 untuk yuran pendaftaran, RM5 untuk yuran tahunan dan RM100 untuk yuran ahli seumur hidup. Tempoh keahlian juga akan
                           dilandaskan kepada tahun kalender iaitu dari 1hb Januari hingga 31hb Disember setiap tahun. Selepas 31hb Disember, setiap
                           ahli mempunyai tempoh sehingga 31hb Mac untuk memperbaharui keahlian tahunan masing-masing bagi mengelakkan pembatalan
                           keahlian dan mendaftar keahlian semula.
                            
                            
                           TEMPOH AKHIR PENDAFTARAN KEAHLIAN LAMA
                           Pembaharuan keahlian tahunan bagi tahun 2005 akan berakhir pada 31hbMac 2005. Semua ahli tahunan
                           2004 digesa agar menyempurnakan yuran tahunan 2005 mereka semula dengan kadar segera bagi mengelakkan pembatalan
                           keahlian. Selepas sahaja tempoh 31hb Mac 2005, maka semua keahlian tahunan akan terbatal dan ahli-ahli lama wajib mendaftar
                           semula. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Urusan Gayong. (Tel : 03-2691 8725 / 2691 8767)